Bahaya Kokain

Pengenalan

Kokain berasal daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroloxylon yang terdapat di Peru,Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes,Amerika Syarikat.Bahan ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat.

Jenis Kokain

Daun KokaDaun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca yang tumbuh di kawasan Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

co1.jpg (4520 bytes)

Paste Koka

Paste koka adalah bahan ekstrak daun koka selepas daun tersebut dituai.Ia diperoleh dengan mencampurkan daun koka hencur dengan alkohol/benzol,asid sulfurik dan natrium karbonat serta menapis dan mengeringkan campuran tersebut.Ia kebanyakannya bes koka atau base.Ia dihisap bersama ganja atau tembakau.Paste koka dibersihkan untuk dijadikan kokain.

co2.jpg (2991 bytes)

KokainKokain adalah serbuk habluran putih dan tidak berbau yang dihasilkan daripada paste koka.Ia seringkali didapati dalam bentuk kokain hidroklorida dan merupakan bahan stimulan yang kuat.Ia selalunya dihidu(untuk kokain yang sehingga 82% tulen) atau dihisap.Ia juga kadang-kadang dicampur dengan heroin(speedballing) dan disuntik ke dalam pembuluh darah (mainlining) atau di bawah kulit(skin-popping).
Cocaine FreebaseCocaine Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala bahan campuran dan dihisap dalam bentuk tulen.Ia diperoleh dengan melarutkan kokain,yang biasanya tidak lebih daripada 50% tulen,ke dalam air yang mana kemudiannyadiekstrak dengan menggunakan bahan kimia yang mudah meletup/terbakar.Cocaine Freebase ini dihisap dengan menggunakan paip khas.

co3.jpg (4643 bytes)

co4.jpg (5683 bytes)

Crack CocaineCrack Cocain yang juga dikenal sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen yang dihisap.Crack Cocaine adalah campuran kokain dengan baking powder yang hasilnya berbentuk granules.Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.

Kesan Dan Bahaya Penggunaan

  • Euforia
  • Bercakap berlebih-lebihan.Dengan dos yang tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana tidak munasabah.
  • Rasa puas hati yang diperoleh dengan dos rendah bertukar kepada rasa bimbang dan rasa gelisah dengan dos tinggi
  • Rasa cergas yang diperoleh dengan dos rendah menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi
  • Tidak dapat tidur
  • Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri
  • Halusinasi dan paranoia
  • Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang
  • Pergantungan fizikal dan psikologi serta meningkatkan daya tahan
  • Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: